Mengapakah Sesetengah Bayi Mengalami Kembung Perut ?

Istilah kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis berterusan disebabkan oleh sakit perut.

Diagnosia ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut :
👉 Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.
👉 Masalah ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2 hingga 3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3 hingga 4 bulan.

Mengapakah sesetengah bayi mengalami kembung perut ?

Sebab tidak diketahui. Beberapa teori termasuk :

1️⃣ Usus
▪️Alah kepada protein susu lembu
▪️Alah kepada laktosa
▪️Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan “angin” yang berlebihan
▪️Ketidak selesaan disebabkan “angin”
▪️Sembelit

2️⃣ Biologi
▪️ Cara menyusu : kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi.
▪️Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut.

3️⃣ Psikososial
▪️Ibu bapa yang tertekan

4️⃣ Lain-lain
▪️Sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI