Dengan kemajuan teknologi pada masa kini, kita lebih terdedah dengan penggunaan teknologi. Malah, anak-anak kita juga tidak terlepas dari mengikuti kemajuan teknologi ini.
Walau bagaimanapun, jika terlebih penggunaannya, ia akan mendatangkan kesan buruk, antaranya adalah berkaitan dengan mata, myopia (rabun jauh).
Ramai kanak-kanak menghabiskan masa berjam-jam menghadap telefon pintar, tablet, komputer atau televisyen setiap hari. Jika ada kelapangan, mereka akan memilih untuk bermain permainan video sepanjang hari.
Tetapi sedarkah anda bahawa peranti teknologi ini mempunyai medan magnet?
Jika mata terdedah kepadanya untuk jangka masa yang panjang, mata boleh cedera. Ia akan menyebabkan penglihatan menjadi terhad, kabur dan akan menyukarkan anda untuk menentukan kedudukan tepat objek yang ingin anda lihat.
Kanak-kanak yang berdepan dengan masalah myopia ini tidak dapat melihat skrin televisyen atau papan putih. Oleh itu mereka memerlukan alat yang dapat membantu mereka memperbaiki penglihatan mereka, iaitu cermin mata.