MEDICAL CHECK-UP UNTUK PEKERJA

Kajian menunjukkan ramai pekerja di Malaysia mengidap penyakit tidak berjangkit atau Non-Communicable Disease (NCD) seperti darah tinggi, kencing manis dan kanser.

Kadar kesedaran kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi rendah, dengan hanya 53% orang dewasa Malaysia telah menjalani medical check-up pada 2021.

Menurut AIA Vitality Survey, tenaga kerja Malaysia secara amnya tidak sihat disebabkan oleh:
▪️64% pekerja tidak aktif secara fizikal
▪️90% tidak makan makanan seimbang
▪️53% mengalami tekanan berkaitan kerja

Pekerja yang mempunyai kawalan yang lemah terhadap NCD akan berisiko mengalami kecacatan.

Contohnya individu yang mengalami strok boleh mengalami hemiparesis, yang dianggap sebagai kecacatan fizikal dan menyekat mobiliti mereka untuk menjadi produktif.

Namun, pekerja juga boleh mendapat penyakit dari tempat kerja seperti kehilangan pendengaran apabila terdedah dengan persekitaran kerja yang bising.

Namun, risiko kesihatan yang mungkin menyekat calon atau pekerja dalam melaksanakan tanggungjawab kerja mereka boleh dikesan melalui medical check-up.

Medical check-up untuk pekerja ialah sejenis pemeriksaan kesihatan yang digunakan untuk menilai dan memantau potensi risiko kesihatan.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI