LANGKAH PENCEGAHAN MASALAH KANCING GIGI

Kancing gigi adalah satu keadaan dimana pesakit mengalami kekejangan pada otot diseluruh badan. Perkara ini adalah disebabkan toksin yang dihasilkan oleh bakteria bernama Clostridium tetani.

Penyakit ini sangat terkenal pada waktu dahulu dan boleh menyebabkan kematian disebabkan pesakit tidak boleh bernafas. Jadi untuk mengelak dari terkena kancing gigi, langkah pencegahan perlu di ambil. Antaranya :

1️⃣ Kanak-kanak :
Pelalian menggunakan vaksin Toksoid Tetanus diberikan sekurang-kurangnya 3 dos semasa bayi, dan dos tambahan mengikut jadual yang ditetapkan.

✅ Jadual pelalian: Dos prime pada umur 2, 3 dan 5 bulan; dos tambahan pada umur 18 bulan, 7 dan 15 tahun (Jadual Program Imunisasi Kanak-kanak di Malaysia).
✅ Kontraindikasi: Jika mengalami kesan sampingan selepas menerima pelalian terhadap dos sebelumnya.
✅ Kesan sampingan vaksin: Setempat atau sistemik ringan. Lazimnya ia ringan dan pulih dengan sendiri.

2️⃣ Ibu mengandung :

Ibu mengandung diberi pelalian toksoid tetanus supaya antibodi boleh memasuki tubuh bayi yang baru lahir dan mencegah bayi dari mendapat tetanus.

Bayi boleh mendapat tetanus sekiranya tali pusat dipotong dengan menggunakan peralatan yang tidak disucikuman dan juga melalui penjagaan tali pusat yang tidak bersih seperti meletakkan ubat-ubatan tradisional di pusat.

Pelalian toksoid tetanus sebanyak 5 dos mengikut jadual ditetapkan (0, 1 dan 6 bulan; setahun dan setahun) boleh memberi perlindungan sepanjang hayat.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI