KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK

Klinik Ibu Dan Anak menawarkan perkhidmatan kesihatan khusus bagi golongan ibu dan anak, seawal bayi di dalam kandungan. Sasaran utama adalah bagi golongan ibu hamil dan kanak-kanak yang beumur 6 tahun ke bawah.

Fokus perkhidmatan klinik ini adalah kepada :
▪️Penjagaan kesihatan pra-kehamilan
▪️Penjagaan antenatal
▪️Penjagaan intrapartum dan kelahiran
▪️Penjagaan postnatal
▪️Perancangan keluarga dan perkembangan kesihatan kanak-kanak

Klinik ibu dan anak ini terdapat di kebanyakan daerah di seluruh negara.

Tentunya banyak informasi yang ingin setiap ibu perlu tahu mengenai klinik ibu dan anak ini. Bertepatan dengan namanya, klinik ini menyediakan perkhidmatan perubatan kepada ibu dan anak, seawal bayi dalam kandungan sehingga anak mencapai umur 6 tahun.

Masalah kesihatan yang dihadapi oleh ibu hamil seperti anemia, hipertensi serta diabetes yang boleh menjejaskan perkembangan serta tumbesaran bayi di dalam kandungan dan boleh mengancam nyawa ibu tersebut.

Pengawasan serta pengendalian kesihatan ibu yang rapi dan berterusan dapat memastikan pengesanan awal yang membolehkan tindakan yang sewajarnya diambil dengan segera.

Dari sinilah wujudnya mekanisme bagi memantau perkembangan ibu dan anak melalui pemeriksaan kesihatan di Klinik Ibu dan Anak yang menyimpan segala rekod kesihatan ibu hamil.

Pemeriksaan perubatan dan kesihatan bagi anak bermula seawal di dalam kandungan ibu, bayi setelah dilahirkan, pemantauan tumbesaran kanak-kanak serta mengenalpasti masalah kesihatan sebelum dirujuk ke pakar yang berkenaan.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI