Pemeriksaan bayi yang baru lahir atau kita panggil newborn screening adalah perkara wajib yang perlu dilakukan sebelum si comel anda dibenarkan keluar dari hospital selepas proses kelahiran.
Terdapat beberapa pemeriksaan yang akan dilakukan oleh oleh jururawat atau doktor yang bertugas.
Antara pemeriksaan yang dilakukan termasuklah fizikal dan klinikal ke atas :
▪️ Jantung
▪️ Paru-paru
▪️ Otot
▪️ Warna kulit bayi
Selepas bayi berehat dan diberikan susu, mereka akan diperiksa sekali lagi dengan lebih teliti. Ibu dan ayah juga perlu melakukan pemeriksaan terhadap bayi anda dan boleh memberitahu dan bertanya sekiranya terdapat kemusykilan.
Salah satu sebab kenapa bayi perlu buat newborn screening adalah kerana ianya antara bahagian penting dalam inisiatif kesihatan awam di Malaysia. Ia dijalankan untuk mengesan gangguan kongenital dan metabolik tertentu pada bayi.
Gangguan ini jika tidak dirawat boleh membawa kepada masalah kesihatan yang teruk dan kelewatan perkembangan. Pengesanan awal melalui saringan bayi baru lahir membolehkan professional penjagaan kesihatan campur tangan dengan segera, memebrikan rawatan dan sokongan kepada bayi yang bermasalah.