KENAPA BAYI ANDA MENGALAMI EKZEMA ?

Setiap ibu bapa pasti mahukan kulit bayi mereka kekal sihat, bersih, dan licin. Disebabkan itu, ada ibu bapa yang sanggup mengambil risiko dan berhabis wang ringgit menggunakan pelbagai jenis produk untuk merawat ekzema bayi mereka.

Namun begitu, penyakit kulit bayi seperti ekzema, ruam dan alahan masih berisiko menjangkiti bayi anda.

Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.

Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.

Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.

Antara penyebab ekzema adalah :

1️⃣ Keturunan
2️⃣ Buka alahan tetapi mempunyai pelbagai pencetus
3️⃣ Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
4️⃣ Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
▪️Infeksi virus
▪️Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi
▪️Lain lain jangkitan
5️⃣ Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI