Kegoyangan gigi bukanlah penyakit semata-mata, bahkan ianya adalah tanda dan gejala bagi sesuatu keadaan atau penyakit. Pakar atau doktor pergigian perlu menyiasat penyebabnya. Keterukan pada kegoyangan gigi berdasarkan kepada jumlah tulang yang hilang.
Kegoyangan gigi boleh dikalsifikasikan, sama ada gred 1, apabila gigi bergoyang kurang daripada 1mm dalam kedudukan mendatar, atau gred 2 jika gigi boleh digerakkan melebihi 1mm, dan yang paling teruk, gred 3 iaitu apabila gigi boleh digerakkan pada arah atau kedudukan menegak dan melebihi 1mm.
Selain daripada kegoyangan gigi, pesakit yang mempunyai penyakit gusi juga akan mengalami:
✅ Gusi menyusut
✅ Gusi bengkak, kadang kala gusi bernanah
✅ Keradangan gusi (gusi berwarna merah darah)
✅ Anjakan gigi
✅ Gigi sakit
✅ Gusi berdarah
✅ Ngilu pada gigi pada minuman sejuk dan panas
Jika anda mengalami sebarang tanda dan gejala di atas, berjumpalah doktor gigi anda dengan segera untuk mengelakkan daripada terjadinya kegoyangan gigi yang lebih serius atau penyakit gusi yang lebih teruk.
Untuk kes trauma gigitan pula, di antara tanda dan gejala yang dapat diperhatikan oleh pesakit dan doktor ialah kegoyangan yang bertambah teruk dan berterusan, permukaan gigi yang haus, anjakan satu atau lebih gigi, sensitif kepada haba dan gigi patah.