KENALI SIMPTOM EKZEMA PADA SI COMEL ANDA

Ekzema bayi muncul dengan tompok kulit merah, kering, gatal dan kasar. Bayi boleh mendapatkan keadaan ini di mana-mana saja di tubuh mereka. Selalunya ia memberi kesan pada pipi, sendi lengan dan kaki si kecil.

Antara simptom ekzema bayi adalah seperti berikut :

✅ Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki
✅ Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit
✅ Bengkak kecil yang berair

Sekiranya anak anda mengalami simptom tersebut, perkara yang paling penting untuk dilakukan adalah membawa mereka berjumpa doktor.

Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:
▪️Ubat pencegah gatal seperti antihistamin
▪️Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan
▪️Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk
▪️Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman

Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya ?

1️⃣ Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman
2️⃣ Elakkan mandi air panas/suam
3️⃣ Elakkan memakai baju berlapis-lapis
4️⃣ Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis
5️⃣ Elakkan dari fabrik yang kasar
6️⃣ Jangan gunakan sabun apabila mandi
7️⃣ Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda
8️⃣ Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI