KECEDERAAN LUTUT SEMASA BERSUKAN

Kecederaan lutut biasanya berlaku apabila anda terlibat dalam akitiviti sukan, ini termasuklah berlari, melompat dan apabila kaki berhenti dalam posisi yang salah seperti semasa bermain bola sepak dan sebagainya.

Terdapat empat ligamen yang penting untuk menstabilkan lutut iaitu :
1️⃣Medial Cruciate Ligament (MCL) dibahagian dalam lutut
2️⃣ Lateral Cruciate Ligament (LCL) dibahagian luar
3️⃣Anterior Cruciate Ligament (ACL)
4️⃣ Posterior Cruciate Ligament (PCL) yang terdapat di bahagian tengah lutut

Anterior Cruciate Ligament bertujuan untuk menghalang tulang bergerak ke hadapan manakala Posterior Cruciate Ligament menghalangnya bergerak ke belakang. Sekiranya, Anterior Cruciate Ligament terkoyak, ini boleh mengakibatkan tulang tibia bergerak ke hadapan dan menjadi tidak stabil.

Lutut dimana Anterior Cruciate Ligament sudah terkoyak akan menjadi tidak stabil apabila bergerak. Tisu yang menggunakan tulang tempurung lutut dan lekatan tendon adalah graf yang paling lazim digunakan untuk merawat Anterior Cruciate Ligament yang telah koyak. Rawatan rekonstruksi Anterior Cruciate Ligament single bundle adalah rawatan yang berkesan kepada kebanyakan pesakit.

Pesakit boleh kembali bersukan sepenuhnya selepas lima hingga enam bulan jika pesakit telah tamat menjalani program rehabilitasi/pemulihan.

Terdapat beberapa cara untuk mencegah dan mengurangkan risiko kecederaan lutut. Antaranya:
👉 Melakukan aktiviti senaman secara berterusan untuk mengekalkan tahap kecergasan badan. Ini dapat memastikan otot anda lebih stabil dan anda kekal cergas.
👉 Pastikan anda melakukan aktiviti memanaskan badan 5 – 10 minit sebelum melakukan senaman bagi memastikan pengaliran darah ke otot adalah mencukupi serta mengurangkan risiko berlakunya kecederaan. Anda di sarankan untuk melakukan regangan otot sebelum dan selepas aktiviti bersukan.

”𝐌𝐔𝐋𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐉𝐀𝐊 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐋𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐃𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍”

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI