IMPETIGO PADA ANAK, BAGAIMANA IANYA BOLEH BERLAKU ?

Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus). Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Ia juga mudah tersebar kepada orang lain.

Bagaimana ia berlaku ?

Ia bermula dengan gelembung-gelembung kecil dan akhirnya pecah dan mengeluarkan cecair. Cecair tersebut akan kering dah menghasilkan kulit keras yang berwarna coklat kekuningan.

Ia selalu dilihat pada bahagian muka di sekeliling mulut dan hidung. Bagaimanapun ia juga boleh terjadi pada bahagian lain badan terutamanya bahagian yang terdedah.

Penyakit ini mudah berjangkit melalui beberapa cara :

📌 Bersentuhan badan dengan orang yang dijangkiti penyakit ini.
📌 Berkongsi pakaian, tuala atau tempat tidur dengan orang yang dijangkiti. Ia juga boleh merebak daripada satu bahagian badan kepada bahagian badan lain.

6 Faktor Risiko Impetigo

1️⃣ Umur – Impetigo paling biasa berlaku pada kanak-kanak berumur 2 hingga 5 tahun.
2️⃣ Kawasan yang berkerumun. Impetigo mudah tersebar di sekolah dan tempat penjagaan kanak-kanak.
3️⃣ Cuaca panas dan lembap. Infeksi Impetigo lebih biasa berlaku pada musim panas.
4️⃣ Jenis sukan tertentu. Penyertaan dalam sukan yang melibatkan sentuhan kulit ke kulit, seperti bola sepak atau gusti, meningkatkan risiko anda mengalami Impetigo.
5️⃣ Kulit pecah – Bakteria yang menyebabkan Impetigo sering memasuki kulit anda melalui kecederaan kulit kecil, gigitan serangga atau ruam.
6️⃣ Orang dewasa dan orang yang menghidap kencing manis atau sistem imun yang lemah lebih cenderung untuk mengembangkan ‘ecthyma’, sejenis Impetigo.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI