HIDUNG ANDA BERDARAH SECARA TIBA-TIBA

Pernahkah anda mengalami pendarahan hidung secara tiba-tiba? Bagi kanak-kanak masalah itu bukan sesuatu yang asing, namun pendarahan tanpa henti pada hidung mengundang panik dalam kalangan orang dewasa.

Sebenarnya hidung berdarah atau istilah perubatannya, Epistaksis adalah masalah pendarahan dalam hidung. Ia berlaku di sebabkan saluran darah di dalam hidung koyak. Biasanya ia adalah tidak serius dan boleh dirawat di rumah, Walau bagaimanapun ianya boleh menjadi teruk dan mengancam nyawa dan ini memerlukan rawatan perubatan.

Penyebab pendarahan hidung ada banyak. Ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu setempat atau sistemik.

1️⃣ Penyebab Setempat:

✅ idiopathic/ Tidak diketahui puncanya (85%)
✅ Trauma ( patah hidung, korek hidung)
✅ Bendasing di dalam hidung
✅ Infeksi ( rhinitis, sinusitis)
✅ Hormon ( haid, mengandung)
✅ Persekitaran ( tempat tinggi, penghawa dingin)
✅ Kanser hidung, sinus atau pangkal hidung.
✅ Ketumbuhan/ Tumor hidung ( contoh:Angiofibroma)
✅ Rhinolith

2️⃣ Penyebab Sistemik:

✅ Ubat ‘Anticoagulant’ (warfarin, aspirin )
✅ Masaalah Haematologi/darah: haemophilia, leukaemia, Familial haemorrhagic telangiectasia, Idiopathic Thrombocytopenic purpura, Infeksi Virus seperti Dangue.
✅ Alkohol
✅ Alahan
✅ Sakit jantung
✅ Darah tinggi
✅ Kencing manis
✅ Sakit buah pinggang kronik

Kebanyakan pendarahan berlaku dalam jangka masa yang singkat dan berhenti dengan sendirinya. Ini selalunya berlaku disebabkan oleh trauma, korek hidung atau lapisan mukosa hidung yang kering. Ianya selalu berlaku pada kanak-kanak.

Walau bagaimanapun pendarahan yang teruk, banyak dan tidak berhenti mungkin boleh berlaku dan memerlukan rawatan perubatan.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI