Blog

  • 3 TIPS PENJAGAAN GIGI UNTUK ANAK ANDA

    3 TIPS PENJAGAAN GIGI UNTUK ANAK ANDA

    Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di kalangan kanak-kanak. Kesihatan pergigian yang baik membolehkan mereka mengunyah makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas. Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik merangkumi 3 langkah pencegahan utama seperti berikut : 1️⃣ Penjagaaan kebersihan gigi yang baik ✅ Berus gigi sehingga bersih setiap hari…

  • 8 TANDA MASALAH PENGLIHATAN DIKALANGAN KANAK-KANAK

    8 TANDA MASALAH PENGLIHATAN DIKALANGAN KANAK-KANAK

    1️⃣ Membaca buku pada jarak yang terlalu dekat2️⃣ Sukar membaca tulisan di papan hitam di sekolah3️⃣ Tidak dapat membaca pada jangka masa yang lama4️⃣ Sering menggosok mata5️⃣ Sering mengelipkan mata dan mengecilkan mata untuk melihat6️⃣ Kerap pening dan sakit kepala7️⃣ Sensitif pada cahaya yang terang8️⃣ Gemar menggunakan satu mata untuk melihat Sekiranya terdapat sebahagian daripada…

  • MAK..SAYA TAK NAMPAK!

    MAK..SAYA TAK NAMPAK!

    Jangan ambil mudah jika anak-anak kita mengeluh “mak, saya tak boleh nampak tulisan di papan hitam”. Ibu bapa perlulah mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku situasi seperti ini. Ramai ibu bapa terkejut apabila diberitahu bahawa anak mereka rabun dan perlu memakai cermin mata. “Macam mana pula boleh berlaku sebab kami suami isteri tak pernah pakai…

  • CARA MENGATASI MASALAH KEMBUNG PERUT

    CARA MENGATASI MASALAH KEMBUNG PERUT

    Dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut. Apakah tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut? Bayi akan selalunya : ✅ Menangis sekuat hati dalam jangka masa yang lama.✅ Diikuti kekejangan tangan dan kaki.✅ Tiada muntah, demam atau tanda-tanda penyakit lain. Sebenarnya tiada rawatan yang khusus untuk mengatasi masalah kembung perut dikalangan bayi. Keadaan…

  • BAYI ANDA SELALU KEMBUNG PERUT ?

    BAYI ANDA SELALU KEMBUNG PERUT ?

    Tangisan bayi yang berpanjangan pasti meresahkan ibu bapa. Ada pelbagai sebab bayi menangis antaranya lapar, letih, mengantuk, kurang selesa kerana lampin basah dan keadaan persekitaran yang sejuk serta panas. Selain itu, punca lain mungkin kembung perut. Masalah kembung perut (colic) adalah normal dan kerap berlaku pada bayi terutama berumur kurang dari enam bulan. Istilah kembung…

  • ANAK ANDA SUSAH MAKAN UBAT ?

    ANAK ANDA SUSAH MAKAN UBAT ?

    MENJAGA bayi dan kanak-kanak memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Apabila si comel sakit, cabarannya semakin hebat dan kadangkala akan membuatkan satu keluarga tertekan. Tanyalah pada mana-mana ibu bapa, mereka pasti akan ‘bersilat‘ tatkala mahu memujuk anak makan ubat. Sebenarnya pemilihan teknik pemberian ubat bergantung kepada umur kanak-kanak dan keupayaannya untuk menelan ubat. Iaitu : 1️⃣…

  • PENGGUNAAN UBAT YANG SELAMAT DIKALANGAN KANAK-KANAK

    PENGGUNAAN UBAT YANG SELAMAT DIKALANGAN KANAK-KANAK

    Ubat-ubatan adalah bahan yang digunakan untuk merawat atau mengelak penyakit dan mengekalkan tahap kesihatan. Kesilapan dalam menggunakan ubat-ubatan boleh memudaratkan tubuh. Oleh yang demikian amatlah mustahak bagi anda mengikuti arahan yang diberikan oleh anggota kesihatan dengan betul. Kita juga harus tahu maklumat asas berkaitan ubat yang diambil. Apakah kategori ubat-ubatan? Terdapat 2 kumpulan besar ubat-ubatan…

  • PERLUKAH DIET KHUSUS SEMASA BERPANTANG ?

    PERLUKAH DIET KHUSUS SEMASA BERPANTANG ?

    Sebenarnya, tiada diet atau makanan yang khusus semasa ibu berpantang. Lazimnya, pengambilan makanan ibu semasa berpantang banyak dipengaruhi oleh kepercayaan pantang-larang yang diamalkan oleh masyarakat wanita tersebut. Tiada halangan jika ibu ingin mengamalkan pantang-larang dalam pemakanan tetapi kunci utamanya adalah diet yang seimbang dan makan secara sihat. Semasa berpantang, ada sesetengah makanan yang dilarang diambil…

  • BEARAPA LAMAKAH TEMPOH BERPANTANG ?

    BEARAPA LAMAKAH TEMPOH BERPANTANG ?

    Jangka masa yang diperuntukkan untuk wanita berada dalam pantang berbeza mengikut budaya, adat dan tempat misalnya : 1️⃣ Wanita Melayu selama 40 hari (hingga 44 hari)2️⃣ Masyarakat Cina, lazimnya tempoh berpantang adalah 30 hari3️⃣ Masyarakat India mengamalkan selama 30 hari Wanita yang baru lepas bersalin kebiasaannya akan berusaha menjaga kesihatan diri dengan mematuhi amalan semasa…

  • APAKAH YANG MENYEBABKAN JAUNDIS BERPANJANGAN ?

    APAKAH YANG MENYEBABKAN JAUNDIS BERPANJANGAN ?

    Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh: 1️⃣ Susu ibu (breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak berbahaya pada bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional. Bayi selalunya aktif, berat badan meningkat dan najis berwarna kuning.2️⃣…