APAKAH YANG MENYEBABKAN JAUNDIS BERPANJANGAN ?

Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:

1️⃣ Susu ibu (breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak berbahaya pada bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional. Bayi selalunya aktif, berat badan meningkat dan najis berwarna kuning.
2️⃣ Penyekatan aliran hempedu daripada hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat (Biliary Atresia). Bagaimanapun, kes ini jarang terjadi.
3️⃣ Kekurangan hormon tiroid (congenital hypothyroidism). Kes ini sangat jarang, satu daripada 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.

Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :

✅ Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
✅ Peningkatan kekuningan yang cepat.
✅ Bayi anda mengalami defisiensi G6PD.
✅ Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk.
✅ Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu.
✅ Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat.

Semua bayi dengan kadar bilirubin lebih 20 mg/dL harus mendapat rawatan lanjut di klinik pakar kanak-kanak bagi memantau perkembangan dan pendengaran.

Sekiranya terjadi kerosakan otak akibat jaundis teruk, kanak-kanak tersebut harus dirujuk kepada sekumpulan pakar untuk pemulihan.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI