
Ruam lampin adalah masalah biasa yang dialami oleh bayi akibat iritasi pada kulit. Ia boleh menyebabkan kemerahan, kegatalan, dan ketidakselesaan.
Berikut adalah cara untuk mengatasinya :
▪️Tukar Lampin dengan Kerap
Tukar lampin setiap 2-3 jam atau sebaik sahaja basah dan kotor untuk mengelakkan iritasi.
▪️Bersihkan dengan Lembut
Gunakan air suam dan kain lembut atau tisu basah tanpa alkohol dan pewangi untuk membersihkan kulit bayi.
▪️Pastikan Kulit Kering Sepenuhnya
Biarkan kawasan lampin kering sebelum memakaikan lampin baru untuk mengelakkan kelembapan berlebihan.
▪️Gunakan Krim Pelindung
Sapukan krim zink oksida atau petroleum jelly bagi melindungi kulit daripada iritasi.
▪️Biarkan Bayi Tanpa Lampin Sejenak
Biarkan bayi tanpa lampin selama beberapa minit setiap hari untuk memberi ruang kepada kulit bernafas.
▪️Gunakan Lampin yang Sesuai
Pilih lampin yang tidak terlalu ketat dan mempunyai daya serapan yang baik untuk mengelakkan kelembapan berlebihan.
▪️Elakkan produk yang boleh menyebabkan iritasi
Hindari sabun, serbuk pencuci, atau losyen yang mengandungi bahan kimia kuat yang boleh menyebabkan ruam bertambah teruk.






