CARA MENGATASI MASALAH KEMBUNG PERUT

Dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut. Apakah tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut?

Bayi akan selalunya :

✅ Menangis sekuat hati dalam jangka masa yang lama.
✅ Diikuti kekejangan tangan dan kaki.
✅ Tiada muntah, demam atau tanda-tanda penyakit lain.

Sebenarnya tiada rawatan yang khusus untuk mengatasi masalah kembung perut dikalangan bayi. Keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur 3 hingga 4 bulan.

Tapi mungkin langkah-langkah tersebut boleh mengurangkan masalah kembung perut bayi anda, iaitu :

1️⃣ Jika anak anda kembung perut :

✅ Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek
✅ Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut
✅ Kurangkan persekitaran yang bising
✅ Bawa bayi anda bersiar-siar
✅ JANGAN SEKALI-KALI MENGGONCANG BAYI ANDA
✅ Jika ibu bapa merasa tertekan atau penat, cuba dapatkan bantuan orang lain untuk menjaga bayi dan ambil rehat yang secukupnya

2️⃣ Dapatkan nasihat doktor jika :

✅ Tangisan bayi anda seperti di dalam kesakitan
✅ Ada masalah lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit
✅ Bayi anda demam
✅ Ibu bapa terlalu bimbang atau penat dan tidak boleh menangani masalah ini sendiri

Jika bayi anda menghisap susu botol, amalkan teknik penyusuan yang betul, pastikan saiz puting yang sesuai dan sendawakan bayi anda di antara penyusuan.

Jika bayi menyusu badan, teruskan penyusuan susu ibu, tetapi ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, brokoli, bunga kobis, dan kafein.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI