BOLEHKAH KESIHATAN MULUT MEMPENGARUHI KANDUNGAN ?

Bakteria yang ada dalam mulut kita selalunya tidak berbahaya. Namun, tanpa penjagaan kesihatan mulut yang betul, bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan oral seperti penyakit gusi dan kerosakan gigi.

Sebarang penyakit umum termasuk penyakit pergigian yang dihidapi boleh memberi risiko terhadap kelahiran bayi pramatang dan kurang berat badan .Oleh itu kesihatan pergigian harus dijaga dengan baik.

Setelah bayi dilahirkan, mulut ibu yang tidak bersih mendedahkan bayi kepada risiko penyakit pergigian. Kuman-kuman dari mulut ibu mudah berpindah melalui :

✅ Perkongsian sudu
✅ Ciuman
✅ Menyejukkan makanan bayi di dalam mulut ibu
✅ Hembusan nafas sebelum menyuap bayi

Langkah-Langkah Penjagaan Kesihatan Pergigian Ketika Mengandung

1️⃣ Pemeriksaan pergigian
👉 Lakukan pemeriksaan gigi di awal peringkat kehamilan.
👉 Dapatkan khidmat nasihat dari doktor sepanjang kehamilan.
👉 Rawatan pergigian boleh dilakukan sepanjang kehamilan tetapi dinasihatkan selepas 3 bulan kandungan.

2️⃣ Jaga kebersihan mulut
👉 Berus gigi dan gusi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
👉 Gunakan berus yang lembut atau sederhana lembut dan saiz berus gigi yang sesuai dengan saiz mulut anda.
👉 Gunakan ubat gigi mengandungi fluorida (untuk dewasa).
👉 Bersihkan celah-celah gigi menggunakan flos.

3️⃣ Pilih makanan yang sihat
👉 Kurangkan makanan yang melekit dan bergula.
👉 Banyakkan makan buah – buahan mengandungi serat.
👉 Elak minuman berkarbonat dan mengandungi asid.
👉 Pastikan diet mengandungi kalsium dan fosforus.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI