BILAKAH PEMERIKSAAN LUTUT PERLU DILAKUKAN ?

Pemeriksaan x-ray lutut boleh membantu mencari punca-punca dan tanda-tanda biasa apabila terdapatnya gejala-gejala seperti sakit, ketegangan, bengkak, atau kecacatan lutut. Ia boleh mengesan patah tulang atau dislokasi sendi.

Jika pembedahan lutut akan dijalankan, x-ray lutut akan diambil terlebih dahulu untuk membantu perancangan dalam pembedahan dan juga akan diambil selepas pembedahan.

Sebelum pemeriksaan :

👉 Anda dinasihatkan supaya tidak membawa dan memakai barang berharga
👉 Pesakit kanak-kanak boleh ditemani oleh ahli keluarga dewasa
👉 Pastikan anda tidak mengandung atau disyaki mengandung. Sila maklumkan kepada Juru X-ray sekiranya anda mengandung atau disyaki mengandung
👉 Anda akan diberi penerangan awal mengenai prosedur yang akan dijalankan
👉 Anda mungkin perlu menukar pakaian kepada pakaian hospital

Semasa pemeriksaan :

👉 Dua projeksi asas yang biasa dilakukan adalah:
1️⃣ Anteroposterior (AP) – bagi melihat sendi lutut dari sisi hadapan
2️⃣ Lateral (x-ray yang dilakukan dari bahagian sisi sendi lutut)
👉 Pemeriksaan kebiasaanya akan dijalankan secara berbaring atau berdiri
👉 Alat perlindungan sinaran akan diberikan semasa pemeriksaan
👉 Pemeriksaan ini mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja
👉 Projeksi tambahan mungkin akan dilakukan jika diperlukan

Selepas pemeriksaan :

👉 Anda akan dibenarkan pulang selepas pemeriksaan dijalankan

Semua imej yang dihasilkan akan diteliti oleh pakar radiologi dan laporan akan disediakan. Keputusan pemeriksaan akan dihantar terus kepada doktor yang merawat anda.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI