
Bayi yang sukar menyusu boleh membuatkan ibu bapa rasa risau, terutama jika keadaan itu berlaku secara tiba-tiba. Ada bayi yang sukar menyusu kerana mengantuk, tidak selesa, hidung tersumbat, kurang sihat atau masih menyesuaikan diri dengan cara penyusuan.
Dalam keadaan ini, ibu bapa tidak perlu panik. Cuba perhatikan keadaan bayi dan lihat sama ada masalah itu berlaku sekali-sekala atau berterusan.
𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡:
✅ Pastikan ibu dan bayi berada dalam kedudukan yang selesa
Kedudukan yang baik boleh membantu bayi menyusu dengan lebih selesa.
✅ Cuba tawarkan susu dengan lebih kerap
Sesetengah bayi mungkin menyusu sedikit tetapi lebih kerap apabila mereka tidak sihat atau mudah mengantuk.
✅ Perhatikan cara bayi melekap ketika menyusu
Bayi yang tidak melekap dengan baik mungkin sukar mendapatkan susu dengan selesa.
✅ Pantau lampin basah dan keadaan bayi
Perhatikan sama ada bayi masih membuang air kecil seperti biasa dan kelihatan berjaga serta aktif mengikut kebiasaannya.
Penyusuan yang mencukupi penting untuk tumbesaran dan kesihatan bayi. Jika bayi terus menolak susu, kurang lampin basah, muntah berulang, kelihatan lemah atau ibu mengalami sakit yang kuat ketika menyusu, dapatkan bantuan daripada klinik atau petugas kesihatan.





