BETUL KE ANEMIA MUDAH MENYERANG WANITA ?

Masalah anemia atau kekurangan zat pemakanan adalah penyakit paling lazim menyerang kanak-kanak dan wanita di negara ini.

Bagaimanapun, ramai tidak menyedari mereka mengalami anemia selain menganggap gejala yang dialami seperti pening dan keletihan adalah masalah biasa iaitu disebabkan kurang tidur.

Walaupun kelihatan tidak bahaya, anemia yang tidak dirawat boleh membawa pelbagai komplikasi seperti kecacatan kelahiran, menjejaskan perkembangan fizikal dan kognitif.

Bila keadaan anemia itu kronik, gejala-gejala mungkin tidak berapa jelas dan sukar di kesan. Tanda tanda dan gejala-gejala boleh jadi berkaitan dengan keadaan-keadaan yang menyebabkan anemia itu sendiri.

Pesakit mungkin merasa :

✅ Letih dan lemah
✅ Kurang tumpuan perhatian
✅ berdebar- debar atau sukar bernafas

Anemia yang akut mempunyai gejala yang lebih jelas termasuk kekeliruan, rasa tidak sihat dan berasa dahaga. Sebelum tanda-tanda anemia menjadi nyata, penurunan paras hemoglobin mesti ketara dulu.

Pesakit mungkin nampak pucat, kuku yang melengkung (koilonychias), jaundis (perpecahan sel darah merah), muka talasemia dan pembentukan tulang yang luarbiasa (talasemia major) atau ulser kaki (anemia ‘sickle cell’).

Dalam keadaan anemia yang teruk, mungkin terdapat tanda-tanda pengaliran darah yang laju iaitu jantung yang berdenyut laju, nadi yang kuat dan kegagalan jantung dengan saiz yang besar.

Secara umumnya, anemia dapat dibahagikan kepada empat kumpulan utama, iaitu:

1️⃣ Gangguan pembentukan sel darah merah
2️⃣ Perpecahan sel sel darah merah
3️⃣ Pendarahan
4️⃣ Cecair yang berlebihan dalam badan

Kanak-kanak yang mengidap anemia mungkin menunjukan kelakuan yang pelik dan tidak mampu belajar dengan baik.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI