BAYI TERSEDAK SUSU!

Pasti ramai di antara ibu-ibu di luar sana mengalami kejadian bayi tersedak susu ketika menyusukan anak buat kali pertama. Masa tersebut pengalaman sebagai ibu baru masih kurang dan anda pun kurang pasti apa itu ‘TERSEDAK SUSU” kan ?

Apabila melihat keadaan bayi anda tercungap-cungap dan menjadi biru, sudah pasti seorang ibu pasti risau jika bayi menunjukkan tanda-tanda tersebut ketika menyusu.

Kemahiran feeding merupakan salah satu kemahiran sensorimotor yang kompleks. Kemahiran ini wujud sejak lahir dan mencapai tahap matang secara berperingkat sehinggalah bayi mencapai umur dua tahun. Perkembangan kemahiran feeding bergantung kepada perkembangan neurologi bayi serta pembelajaran melalui pengalaman.

Berikut merupakan tindak balas refleks yang penting dalam perkembangan feeding bayi :

1️⃣ Refleks rooting – Apabila mulut bayi (sisi mulut, bibir atas dan bawah, pipi dan dagu) disentuh menggunakan objek, bayi bertindak balas dengan menoleh ke arah objek tersebut. Refleks ini membantu bayi mengesan kedudukan puting. Refleks ini terdapat pada bayi baru lahir hingga ke usia 4 bulan.

2️⃣ Refleks menghisap/ Menelan – Apabila bibir dan mulut bayi disentuh, mulut bayi terbuka dan pergerakan menghisap (suckling dan sucking ) berlaku. Apabila susu sampai di dalam mulut, lidah akan menolak susu ke belakang mulut untuk ditelan. Refleks ini membantu peralihan dari puting payu dara kepada penyusuan botol. Refleks ini terdapat pada bayi baru lahir sehingga usia 4 bulan.

3️⃣ Refleks tongue-thrust – Apabila lidah bayi disentuh, lidah akan terkeluar sedikit dari mulut. Refleks ini juga membantu peralihan dari penyusuan payu dara kepada penyusuan botol. Refleks ini terdapat pada bayi berusia 4 hingga 6 bulan.

4️⃣ Refleks gag – Bayi akan gag (seakan-akan ingin termuntah) apabila objek seperti sudu, makanan pepejal diletakkan jauh ke dalam mulut. Refleks ini membantu mencegah bayi daripada menelan makanan atau objek yang boleh menyebabkan bayi tercekik atau tersedak.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI