Tangisan bayi yang berpanjangan pasti meresahkan ibu bapa. Ada pelbagai sebab bayi menangis antaranya lapar, letih, mengantuk, kurang selesa kerana lampin basah dan keadaan persekitaran yang sejuk serta panas. Selain itu, punca lain mungkin kembung perut.
Masalah kembung perut (colic) adalah normal dan kerap berlaku pada bayi terutama berumur kurang dari enam bulan.
Istilah kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis berterusan disebabkan oleh sakit perut. Diagnosia ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:
✅ Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.
✅ Masalah ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2 hingga 3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3 hingga 4 bulan.
Mengapakah sesetengah bayi mengalami kembung perut ?
Sebab tidak diketahui. Beberapa teori termasuk :
1️⃣ Usus :
👉 Alah kepada protein susu lembu.
👉 Alah kepada laktosa.
👉 Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan “angin” yang berlebihan.
👉 Ketidak selesaan disebabkan “angin”.
👉 Sembelit
2️⃣ Biologi :
👉 Cara menyusu : kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi.
👉 Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut.
3️⃣ Psikososial :
👉 Ibu bapa yang tertekan.
4️⃣ Lain-lain :
Sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.
Kembung perut (colic) adalah masalah yang mencabar tetapi ia tidak menimbulkan kesan bahaya kepada bayi pada masa akan datang. Diagnosis yang tepat adalah penting.