BAHAYA & KESAN JANGKITAN RSV

Respiratory Syncytial Virus (RSV) boleh menjadi sangat bahaya kepada bayi terutamanya mereka yang baru lahir atau dibawah umur satu tahun.

Berikut beberapa risiko jangkita RSV virus pada bayi dan kanak-kanak :

▪️ Bronkiolitis
RSV adalah punca utama bronkiolitis, iaitu jangkitan pernafasan yang menyebabkan saluran udara kecil (bronchioles) dalam paru-paru bayi meradang dan tersumbat dengan lendir. Ia boleh menyebabkan kesukaran bernafas, berdehit (bunyi nafas berdengung), dan batuk dengan teruk.

▪️ Pneumonia
RSV pada bayi juga boleh menyebabkan jangkitan paru-paru (Pneumonia) pada bayi. Ini adalah keadaan serius yang boleh merosakkan tisu paru-paru dan mengurangkan keupayaan bayi untuk bernafas dengan lancar.

▪️ Kemasukan Ke Hospital
Jangkita RSV Virus pada bayi sering memerlukan rawatan di hospital. Bagi yang mengalami kesukaran bernafas atau yang mengalami dehidrasi akibat muntah atau pengurangan pengambilan makanan mungkin memerlukan penjagaan hospital untuk memastikan mereka menerima cecair dan oksigen yang mencukupi.

▪️ Kekurangan Oksigen
Jangkita RXV Virus boleh menyebabkan bayi mengalami kekurangan oksigen (hipoksia), yang boleh memberi kesan serius pada organ dan tisu dalam badan mereka. Tanda-tanda hipoksia termasuk kulit atau bibir bayi menjadi biru atau merah.

▪️ Komplikasi
Bayi yang mengalami jangkitan RSV Virus mungkin mengalami risiko komplikasi serius seperti kegagalan pernafasan, peningkatan kadar denyutan jantung dan penurunan tekanan darah.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI