BAGAIMANA NAK TINGKATKAN TUMPUAN SI MANJA ?

Ibu bapa berperanan penting untuk meningkatkan tumpuan anak. Ini kerana kesan daripada kesukaran memberi tumpuan aakan menyebabkan anak anda mengalami masalah komunikasi, masalah untuk bersosial dengan rakan sebaya atau golongan dewasa, lambat pertuturan, masalah sebutan bunyi perkataan (pelat), bertutur tetapi struktur ayat yang digunakan adalah tidak lengkap atau teratur dan masalah pembelajaran (membaca dan menulis).

Anda perlu bertenang dan berfikiran positif dalam mencari pendekatan yang berkesan bagi menangani masalah tumpuan dan komunikasi anak anda.

Berikut merupakan strategi untuk ibu bapa menarik dan meningkatkan tumpuan anak :

1️⃣ Kurangkan gangguan
✅ Tutup televisyen atau radio semasa bermain bersama atau menjalankan aktiviti.
✅ Simpan telefon atau alatan elektronik seperti iPad atau tablet.

2️⃣ Arahan yang jelas dan tegas
✅ Arahan yang jelas dan tegas dapat membantu anak anda lebih peka dan mendengar.

3️⃣ Aktiviti yang menarik
✅ Pilih aktiviti yang paling anak anda minati.
✅ Ia membantu dalam memberi pilihan kepada anak anda.
✅ Seterusnya ia menggalakkan anak untuk berkomunikasi.
✅ Gunakan jadual bergambar untuk mengekalkan dan meningkatkan tumpuan anak semasa aktiviti dijalankan.

4️⃣ Sistem ganjaran yang konsisten
✅ Puji atau berikan ganjaran secara konsisten dapat membantu anak anda kekal fokus dengan perkara yang dilakukan.

5️⃣ Rangsangan bahasa
✅ Memberi komen ketika bermain dengan anak. Contoh : Semasa bermain dengan kereta
✅ Ibu/Bapa: “Vroom, vrooom. Kereta datang. Kereta besar datang. Dia nak langgar. Booom.. langgar.”
✅ Tunggu dan perhatikan sebentar respon daripada anak anda.
✅ Respon kepada ekspresi muka, isyarat, bunyi atau pertuturan yang dihasilkan oleh anak.

6️⃣ Pelbagaikan intonasi suara
✅ Intonasi suara yang berbeza-beza boleh menarik perhatian atau tumpuan anak anda.
✅ Guna penekanan bunyi pada perkataan-perkataan yang ingin diajar kepada anak-anak.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI