BAGAIMANA MENGELAKKAN GIGI SENSITIF ?

Masalah gigi sensitif atau ngilu bukanlah satu perkara yang pelik. Ia adalah antara masalah oral yang sering berlaku pada kebanyakan individu. Namun, bagaimana hendak mengurangkan masalah gigi ngilu ini?

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keadaan gigi yang sensitif. Antaranya ialah:

1️⃣ Kekalkan amalan kebersihan mulut dan gigi yang baik. Bersihkan kesemua bahagian gigi  dengan teknik memberus dan memflos gigi yang betul.

2️⃣ Elakkan cara memberus secara mendatar kerana ini akan menyebabkan susutan gusi dan gigi merasa ngilu.

3️⃣ Gunakan berus gigi berbulu lembut. Berus secara perlahan dan berhati-hati di sekeliling gusi untuk mengelakkan penghakisan permukaan gigi dan mengelakkan kecederaan gusi.

4️⃣ Gunakan ubat gigi berfluorida. Penggunaan ubat gigi berfluorida bersama ubat kumur setiap hari dapat melindungi gigi anda kerana fluorida menolong menguatkan lapisan enamel.

5️⃣Awasi pemakanan anda. Kurangkan atau elakkan makanan dan minuman yang berasid seperti limau dan minuman bergas yang boleh melarutkan lapisan enamel gigi dan menyebabkan pendedahan lapisan dentin.Kumur dengan air biasa selepas mengambil makanan dan minuman berasid.

6️⃣Rawat tabiat mengasah gigi. Jika anda mengetap atau mengasah gigi, gunakan pelindung gigi semasa tidur.

7️⃣ Berjumpa doktor gigi pada kala yang tetap. Dapatkan pemeriksaan gigi, pembersihan gigi, cara-cara menjaga gigi dan rawatan fluorida daripada doktor gigi anda setiap 6 bulan.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI