BAGAIMANA KECACATAN JANTUNG BAYI BOLEH BERLAKU ?

Ketika enam minggu pertama kehamilan, jantung mula membentuk dan berdegup. Saluran darah utama yang masuk dan keluar daripada jantung juga mula membentuk semasa waktu kritikal ini.

Pada waktu ini kecacatan perkembangan jantung bayi anda mula berlaku. Penyelidik masih tidak mengetahui punca sebenar mengapa kecacatan ini terjadi, tetapi ia mungkin disebabkan oleh genetik, keadaan perubatan tertentu, sesetengah ubat dan faktor persekitaran, seperti merokok, mungkin memainkan peranan.

Diagnosa jenis kecacatan jantung. Doktor akan melakukan pemeriksaan lanjut seperti:

✅ Elektrokardiografi (ECG) untuk menilai aktiviti elektrik pada jantung yang tidak normal.
✅ X-ray dada untuk menilai bentuk dan saiz jantung serta pembuluh darah.
✅ Echokardiografi : imbasan organ jantung membantu untuk membuat diagnosa
✅ Jika perlu bayi akan dirujuk kepada pakar jantung untuk membuat penilaian dan rawatan lanjut.

Perkara yang harus diingat :

1️⃣ Diagnosa yang tepat sangat penting bagi menentukan tindakan dan rawatan selanjut pesakit.
2️⃣ Keadaan jantung bayi adalah dinamik dan kemerosotan fungsi jantung boleh berlaku secara tidak disedari.
3️⃣ Kebersihan gigi adalah penting. Antibiotik perlu diberikan sebelum melalui pembedahan atau prosedur pergigian. Ini dapat mencegah pembiakan bakteria di dalam jantung.
4️⃣ Sebahagian bayi tidak memerlukan rawatan pembedahan seperti ASD dan VSD yang kecil yang tidak memberi apa-apa impak negative pada jantung atau badan.
5️⃣ Kecacatan jantung yang menyebabkan kebiruan harus dinilai sebaik mungkin bagi menentukan samada pembedahan diperlukan atau sebaliknya.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI