
Semasa lawatan ini tahap kesihatan dan keadaan kandungan anda akan dinilai dan dipantau.
Penglibatan keluarga terutama suami dan waris adalah digalakan bagi tujuan :
π Untuk sokongan emosi bila diperlukan.
π Menggalakan mengikut nasihat dan program penjagaan pranatal.
π Membantu mengenalpasti keperluan dan kehendak ibu.
π Berbincang bagi merancang kelahiran.
π Saringan HIV kepada suami atau pasangan jika diperlukan dalam kes tertentu.
Berikut adalah ativiti-aktiviti yang dilakukan semasa lawatan susulan:
βͺοΈ Sejarah ringkas dari lawatan akhir pranatal yang telah direkodkan.
βͺοΈ Pengambilan berat badan dan tekanan darah.
βͺοΈ Ujian air kencing untuk protein dan gula.
βͺοΈ Ketinggian rahim direkodkan di carta yang ditetapkan untuk pemantauan tumbesaran janin.
βͺοΈ Kedudukan janin – Dinilai selepas kandungan 32 minggu, jika kedudukan janin tidak tepat, pemeriksaan ultrasound untuk kenal pasti kedudukan uri.
βͺοΈ Denyutan jantung janin akan direkodkan.
βͺοΈ Imunisasi (diberikan bila sampai tempoh).
βͺοΈ Ujian darah rutin atau apabila diperlukan
Dicadangkan lawatan pranatal seperti berikut:
1οΈβ£ Sebelum 28 minggu β sebulan sekali
2οΈβ£ 28 β 35 minggu β setiap 2 minggu sekali
3οΈβ£ 36 minggu dan keatas β setiap minggu
Lawatan rumah akan juga dilakukan berdasarkan keperluan.