
ππππ ππππ πππππ πππππππππ πππππππ πππππππ ππππππππππ
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan lapan hingga 10 bayi bagi setiap 1,000 kelahiran hidup di negara ini menghidapi penyakit jantung kongenital atau kecacatan jantung sejak dalam kandungan.
Menerusi hantaran di Facebook, KKM memaklumkan, lebih kurang 5,000 bayi yang dilahirkan di Malaysia mengalami masalah tersebut berdasarkan 500,000 kelahiran setahun.
Kajian mendapati, 95 peratus daripadanya tidak diketahui punca namun, risiko meningkat jika si ibu mengambil ubat-ubatan terlarang dan alkohol ketika mengandung.
Apakah tanda-tanda kecacatan jantung pada anak ?
Bayi yang mempunyai kecacatan jantung biasanya menunjukkan tanda-tanda berikut :
1οΈβ£ Mempunyai deruan jantung (murmur) : bunyi ini dihasilkan oleh gangguan atau tubulasi aliran darah contohnya apabila terdapat lubang pada jantung atau laluan injap yang sempit. Bunyi murmur ini tidak begitu ketara semasa lahir malah hanya dikesan apabila anak sudah agak besar dan kelihatan sihat dalam aliran sistemik.
2οΈβ£ Kebiruan (cyanosis) : bayi mungkin kelihatan kebiruan sejak lahir. Ini disebabkan oleh kandungan darah tanpa oksigen yang tinggi dalam darah.
3οΈβ£ Kegagalan jantung : bayi mungkin bernafas secara kencang atau sesak nafas ketika rehat atau semasa menyusu.
4οΈβ£ Tumbesaran terganggu disebabkan oleh kegagalan jantung atau kekurangan oksigen disebabkan oleh sakit jantung jenis biru.