Tidak kira hospital atau klinik kerajaan atau swasta, buku pink ini amat penting dan ibarat nyawa kepada setiap ibu hamil dan bayi yang dikandungnya.
Setiap catatan oleh doktor yang memeriksa, appointment susulan atau berkala yang telah dtetapkan, perlulah diikuti dan difahami.
Selain itu, ibu juga perlu memberikan maklumat yang tepat serta tidak berselindung dari segala maklumat dan sejarah kesihatan terdahulu, yang boleh membawa risiko yang mungkin mengancam nyawa ibu dan bayi.
Ibu juga digalakkan membawa bersama buku ini sepanjang masa bagi menjadi rujukan pihak yang merawat sekiranya terjadinya kes kecemasan.
Ini adalah kerana segala maklumat yang diperlukan terdapat di dalam buku ini dan mempercepatkan proses rawatan atau menyelamatkan nyawa, sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang tidak dijangka.
Penggunaan Rekod Kesihatan Ibu atau buku pink ini amat digalakkan kerana maklumat penjagaan yang berterusan amat diperlukan supaya ibu dan bayi dapat diberi penjagaan dan rawatan yang sewajarnya.