APAKAH KECEDERAAN YANG BERLAKU PADA GIGI SUSU ?

Kecederaan gigi susu sangat kerap berlaku pada kanak-kanak kecil yang baru belajar berjalan, berlari dan memanjat. Kecederaan kegigian juga berlaku apabila kanak-kanak tersebut terjatuh daripada basikal atau terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Antara kecederaan yang boleh berlaku kepada gigi susu adalah :

1️⃣ Konkusi
👉 Ada impak pada gigi, tetapi tiada perubahan ketara pada gigi tersebut
👉 Rawatan segera tidak diperlukan. Akan tetapi gigi perlu diperiksa secara berkala oleh doktor gigi.
👉 Adakalanya gigi tercedera ini boleh berubah warna (warna kelabu atau kekuningan). Ini biasanya tidak menjadi masalah. Akan tetapi jikalau kanak- kanak tersebut juga mengalami kesakitan atau bengkak pada gusi, maka perlulah berjumpa dengan doktor gigi.

2️⃣ Subluksasi
👉 Impak pada gigi menyebabkannya goyah dan gusi berdarah tetapi gigi masih pada kedudukan asal

3️⃣ Luksasi
👉 Gigi sudah terganjak akibat impak

4️⃣ Avulsi
👉 Gigi sudah tercabut keluar dari soket (gusi) akibat impak

5️⃣ Patah kepala gigi
👉 Bahagian korona gigi patah. Jika patah sehingga ternampak bahagian pulpa gigi, anda perlu berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan rawatan segera.

6️⃣ Patah akar gigi
👉 Akar gigi (di bawah paras gusi) sudah patah. Gigi mungkin goyah dan gusi berdarah

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI