APA YANG MENYEBABKAN TERJADINYA LEUKEMIA ?

Leukemia boleh terjadi apabila berlaku kerosakan yang penting dalam bahan genetik sel itu. Kebiasaannya punca kerosakan itu tidak dapat dikenalpasti tetapi kesannya dapat dilihat dengan jelas menggunakan teknologi yang canggih.

Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang itu mendapat penyakit leukemia. Contohnya :

✅ Pendedahan kepada radiasi
✅ Pendedahan kepada ubat “chemotherapy” pada masa yang lampau
✅ Pendedahan kepada bahan kimia tertentu contohnya benzene
✅ Dilahirkan dengan penyakit genetik tertentu

Tanda-tanda penyakit leukemia berpunca dari kegagalan sum-sum tulang menghasilkan sel-sel darah yang normal.

Tanda-tanda utama adalah seperti keletihan disebabkan kekurangan darah merah, lebam-lebam atau tanda-tanda pendarahan disebabkan kekurangan sel darah platelet serta demam yang berpanjangan.

Tanda-tanda lain termasuk kekurangan selera makan, kehilangan berat badan yang ketara serta kesakitan dalam tulang dan sendi.

Jika tidak dirawat, pendarahan yang serius boleh berlaku seperti pendarahan dalam otak atau jangkitan yang serius seperti jangkitan bakteria dan kulat.

Disamping itu, kesesakan nafas dan kesakitan dada boleh juga berlaku akibat kekurangan sel darah merah. Biasanya penyakit “Acute Leukaemia” yang tidak dirawat akan membawa maut dalam masa yang singkat.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI