Dalam tempoh kehamilan, pastinya anda akan melakukan prosedur scan kandungan! Ketika dapat melihat bayangan si manja pasti jadi momen yang menggembirakan ibu ayah.
Prosedur ultrabunyi ini biasanya dilakukan di klinik atau hospital. Terdapat 2 jenis imbasan:
1️⃣ Transvaginal Probe
Janin berada di dalam pelvis pada awal kandungan dan gelombang bunyi tidak dapat melepasi tulang, maka transvaginal probe- transduser dimasukkan ke dalam faraj, bagi membolehkan doktor melihat rahim melalui serviks.
Prosedur ini dilakukan dengan probe berbentuk seakan tongkat yang ditutupi sarung lateks, seperti kondom.
Untuk scan awal kehamilan ini, doktor turut akan menggunakan sedikit pelincir dan memasukkan transduser ke dalam faraj secara perlahan. Peranti akan digerakan bagi membentuk gambar yang diperlukan di skrin.
Ia tidak menyakitkan pada dasarnya, cuma mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
2️⃣ Transabdominal Ultrasound
Selepas beberapa minggu pertama, kebanyakan doktor akan melakukan ultrabunyi pada perut bagi prosedur scan awal kehamilan.
Gel akan disapukan pada kulit perut bagi membolehkan transduser – peranti seakan mikrofon, meluncur dengan lebih mudah dan meningkatkan penghantaran gelombang bunyi ke dalam badan.
Doktor akan menggerakkan transduser pada perut dengan sedikit tekanan dan gelombang bunyi yang diterima akan menghasilkan gambaran bayi dalam kandungan.