APA TANDA ANAK ANDA TERCEKIK ?

Tercekik adalah salah satu sebab kematian yang tidak disengajakan di kalangan kanak-kanak. Saluran pernafasan dan tenggorok yang sempit menyebabkan mereka berisiko untuk tercekik.

Ketika tercekik, salur pernafasan dan tenggorok yang tertutup akan menghalang oksigen ke paru-paru dan seterusnya ke otak. Ini akan menyebabkan kematian.

Sebarang objek bersaiz kecil boleh menyebabkan tercekik. Ini termasuklah bahan makanan, perkakasan rumah dan alat permainan.

Kanak-kanak mungkin akan mengalami:

✅ Sesak nafas secara tiba-tiba.
✅ Bunyi nafas tidak normal (bunyi seperti siulan).
✅ Menggenggam kerongkong.
✅ Kawasan mulut dan bibir kebiru-biruan.
✅ Bernafas dengan cepat.
✅ Lubang hidung kembang-kempis setiap kali bernafas.
✅ Pengsan.
✅ Berhenti bernafas.

Kadang kala kanak-kanak akan tersedak (seperti kacang tanah) jika objek tersebut sangat kecil. Mereka akan mengalami :

1️⃣Batuk yang berterusan.
2️⃣ Termengah-mengah.
3️⃣ Tiada apa-apa tanda.

3 Komplikasi yang boleh berlaku adalah :

1️⃣ Jangkitan pada paru-paru seperti radang paru-paru.
2️⃣ Kerosakan otak akibat kekurangan oksigen.
3️⃣ Kematian akibat radang/ bengkak paru-paru yang teruk atau kekurangan oksigen ke otak.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI