APA PUNCA KELAHIRAN BAYI PRAMATANG ?

β€’

Sering kali penyebab khusus bayi lahir tidak cukup bulan adalah tidak jelas, akan tetapi lebih kurang 20% darinya adalah disebabkan oleh doktor yang terpaksa mengeluarkan (melahirkan) bayi itu awal dari waktunya (induksi).

Ini selalu terjadi jika ibu mengalami penyakit-penyakit yang hanya akan sembuh dengan bayi itu dilahirkan (seperti darah tinggi, kencing manis dan bayi yang mengalami masalah tumbesaran dalam kandungan).

Walau bagaimanapun, terdapat faktor risiko yang menyumbang kepada kelahiran ini, termasuklah :

πŸ‘‰ Sejarah kelahiran pramatang yang lalu/lampau
πŸ‘‰ Mengandung kembar
πŸ‘‰ Pernah menjalani pembedahan bahagian serviks
πŸ‘‰ Struktur rahim yang tidak normal
πŸ‘‰ Pendarahan rahim semasa mengandung
πŸ‘‰ Penyalah gunaan dadah (heroin, ecstasy)
πŸ‘‰ Menghisap rokok
πŸ‘‰ Jangkitan kuman di pundi air kencing, rahim dan faraj
πŸ‘‰ Berat badan yang terlalu ringan atau berat badan tidak meningkat semasa mengandung
πŸ‘‰ Air ketuban yang terlalu banyak ( polyhydraminous)
πŸ‘‰ Kurang darah merah (anemia) yang ketara semasa mengandung
πŸ‘‰ Mengandung terlalu kerap
πŸ‘‰ Mengandung pada usia remaja
πŸ‘‰ Stres (fizikal dan psikologi) semasa mengandung

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI

Kesihatan Am

Ibu & Anak

Kesihatan Pekerjaan

Rehabilitasi

Umum