APA PUNCA HILANG DERIA BAU ?

Diantara punca-punca yang biasa dikenalpasti ialah kecederaan kepala, jangkitan kuman virus dan rongga hidung yang tersumbat.

1️⃣ Penyakit Kronik

👉Alahan hidung (Allergic Rhinitis)
👉Polip (pertumbuhan tisu membran mukus yang tidak normal di dalam hidung)
– Polip boleh menyebabkan rongga hidung tersumbat dan menghalang aroma/partikel zarah bau yang dihidu sampai ke deria bau.

2️⃣ Jangkitan kuman

👉 Radang sinus / Resdung
Jangkitan sinus boleh menyebabkan pembengkakan pada mukosa yang menyeliputi saraf olfaktori. Ini akan menghalang aroma/partikel zarah bau daripada sampai ke deria saraf. Namun begitu, kehilangan deria bau ini bersifat sementara apabila mendapat rawatan yang betul.
👉 Otak bernanah (“brain abscess”)
Nanah di otak atau jangkitan kuman boleh menyebabkan tisu otak rosak. Hilang deria bau boleh bersifat kekal jika tisu yang rosak itu adalah sel otak untuk mentafsir isyarat bau.

3️⃣ Kecederaan

👉 Patah tulang di bumbung rongga hidung (“cribriform plate”)
Patah di tulang ini boleh menyebabkan saraf terputus. Anosmia akan bersifat kekal. Namun begitu jika kepatahan menyebabkan mukosa sahaja membengkak, anosmia atau hyposmia akan bersifat sementara.
👉 Patah dan bengkok tulang hidung
Menyebabkan hidung tersumbat dan menghalang aroma/partikel zarah daripada sampai ke deria bau.
👉 Otak – boleh bersifat kekal atau sementara

4️⃣ Ketumbuhan

👉 Barah Hidung
Barah seperti sinonasal carcinoma, chondrosarcoma boleh menyebabkan kerosakan pada saraf ataupun menghalang zarah bau/aroma tiba pada reseptor bau.
👉 Barah Otak
Meningioma, olfactory neuroblastoma, barah “frontal lobe” (tanda-tanda awal seperti pelupa dan boleh menyebabkan sawan dan tidak boleh bercakap pada peringkat lewat).

5️⃣ Lain – lain
👉 Masalah Perubatan/endokrin

  • Hypothyroid (kurang hormon tiroid)
  • Diabetes
    👉 Ubat / bahan toksik – phenol, chromium, kokain, racun serangga
    👉 Proses penuaan – Alzheimer (nyanyuk), Parkinson
    👉 Kongenital (diwarisi sejak dalam kandungan ibu)- Kallmann syn. (hypogonadism)

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI