APA PERUBAHAN YANG BERLAKU KETIKA KANDUNGAN 4 HINGGA 6 BULAN ?

Bagi wanita mengandung, mengetahui informasi tentang perubahan ibu hamil sepanjang tempoh kehamilan sudah pasti akan dapat bantu memantau dan menjaga tahap kesihatan diri dan bayi.

Perubahan ibu hamil, apa yang bakal berlaku ketika 4 hingga 6 bulan ?

1️⃣ Tubuh
👉 Trimester kedua kehamilan dianggap sebagai ‘golden period’ kerana kebanyakan rasa tidak selesa yang dialami pada awal kehamilan akan mulai menghilang.
👉 Pada fasa ini, anda mungkin kurang mengalami loya, corak tidur lebih baik dan mengalami peningkatan tahap tenaga.
👉 Pun begitu, antara info ibu mengandung yang perlu anda ketahui semasa di trimester kedua ini di mana terdapat kemungkinan berlaku gejala baharu seperti:
▪️Sakit belakang badan
▪️Sakit perut
▪️Kejang kaki
▪️Sembelit
▪️Pedih ulu hati

2️⃣ Emosi
👉 Rasa letih, mabuk pagi atau emosi roller coaster biasanya akan bertambah baik atau hilang.
👉 Namun, anda mungkin akan menjadi pelupa dan kurang teratur berbanding sebelum ini.
👉 Pertambahan berat, baby bump yang semakin kelihatan dan dapat merasai pergerakan bayi boleh menimbulkan pelbagai emosi bercampur baur dalam diri.

Walaupun simptom yang dialami pada trimester pertama semakin reda, namun anda akan mula melihat perubahan lebih besar pada tubuh.

Sudah tentu pengambilan makanan berkhasiat serta senaman yang teratur adalah kunci pada trimester ini dan juga sepanjang tempoh kehamilan.

Teruskan dengan rutin senaman anda, tetapi jangan sampai memenatkan diri, okay? Berpada-padalah ya wahai ibu hamil.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI