Bagi wanita yang kehamilannya kurang daripada 14 minggu, akan diminta untuk mengisi pundi kencingnya dengan kapasiti yang mencukupi.
Ini kerana gelombang bunyi dapat bergerak lebih baik melalui cecair, maka pundi kencing yang penuh dapat meningkatkan kualiti ultrabunyi pada imbasan tempoh awal kehamilan.
Apabila tempoh kehamilan semakin meningkat, biasanya keperluan untuk memenuhkan pundi kencing tidak begitu diutamakan kerana rahim dan janin sudah membesar untuk melakukan ultrabunyi.
Tetapi sesetengah doktor mungkin tetap akan meminta anda untuk hadir dalam keadaan pundi kencing penuh kerana transmisi gelombang bunyi akan menjadi lebih baik.
Berikut beberapa petua lain ketika melakukan imbasan kandungan yang pertama:
1️⃣ Pakai pakaian yang bersesuaian untuk melakukan ultrasound, seperti pakaian yang memudahkan akses ke perut.
2️⃣ Terdapat sesetengah tempat menawarkan penggunaan ultrabunyi 3D yang memberikan gambar bayi berkualiti dengan lebih perincian.
Teknologi ini biasanya digunakan untuk menilai pertumbuhan dan perkembangan bayi dengan lebih baik, serta mengesan kelainan wajah atau kecacatan tiub saraf.
Sekiranya anda mengalami komplikasi kehamilan tertentu, amat disarankan untuk melakukan ultrabunyi jenis ini.