Apa Penyebab Bayi Besar Dari Usia Kandungan?

Sukar sebenarnya untuk mengetahui saiz sebenar bayi anda sehingga ia dilahirkan. Kebanyakan simptom kehamilan yang anda alami adalah sama, tanpa mengira pertumbuhan bayi anda.

Kebiasaan bayi normal mempunyai berat badan dalam lingkungan 2.5 kg hingga 3.5 kg. Bayi besar dari usia kandungan adalah lebih besar daripada bayi normal.

Bayi besar dari usia kandungan adalah bayi yang mempunyai :

✅ Berat lahir adalah melebihi 90th percentile untuk usia kandungannya (umur kandungan dalam kiraan minggu).
✅ Bayi-bayi ini mempunyai berat lebih daripada 90% dari semua bayi didalam lingkungan usia kandungan yang sama.
✅ Bayi-bayi yang mana beratnya berada di dalam kawasan melebihi garisan 90% di dalam carta pertumbuhan bayi dalam kandungan – sila lihat gambarajah.
✅ Secara amnya, bayi yang cukup bulan dan berat badannya melebihi 4 kg adalah dianggap bayi besar dari usia kandungan.

Beberapa sebab-sebab telah dikenal pasti, ianya termasuk :

1️⃣ Keturunan
👉 ibubapa yang besar melahirkan bayi yang besar.

2️⃣ Kenaikan berat badan berlebihan semasa mengandung.

3️⃣ Kawalan gula tidak terkawal diabetes gestasi
👉 Ibu yang mengidap diabetes ketika mengandung. Ini merupakan penyebab utama bayi besar dari usia kandungan.
👉 Tahap gula berlebihan ibu boleh menyebabkan paras gula yang tinggi dalam peredaran darah bayi. Disebabkan hal ini, badan bayi akan menghasilkan insulin yang tinggi dan akan menyebabkan peningkatan lemak dan pembesaran bayi dalam kandungan.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI