APA ITU LAWATAN TEMPAH (BOOKING)?

Lawatan tempah (booking) adalah lawatan pertama anda ke klinik penjagaan pranatal.

Ini adalah lawatan mustahak untuk mengenal pasti dan menguruskan sebarang komplikasi kesihatan ( jika ada ) dan melakukan saringan faktor-faktor risiko yang mungkin dialami semasa tumbesaran janin dan akibatnya.

Ia perlu dilakukan sebaik sahaja anda disahkan mengandung. Masa yang disyorkan bila anda mengandung kurang dari 12 minggu.

Lawatan pertama mungkin terlewat bagi kandungan anda tetapi masih dianggap lawatan tempah.

Semasa lawatan tempah, jururawat akan bertanyakan beberapa soalan berkaitan dengan:

▪️ Perihal pusingan haid anda
▪️ Sejarah peribadi
▪️ Sejarah keluarga
▪️ Sejarah perubatan dan pembedahan
▪️ Sejarah kandungan lampau (jika ada)
▪️ Latar belakang ekonomi dan sosial

Selepas sesi temuduga jururawat akan melakukan pemeriksaan fizikal. Seterusnya anda perlu menjalani ujian di makmal.

Apabila anda selesai dengan proses tadi, terpulang kepada keadaan dan keputusan temuduga, pemeriksaan dan ujian makmal, rawatan diberikan mengikut kesesuaian.

Sebelum pulang, tarikh lawatan susulan anda akan diberi mengikut persetujuan anda

Jururawat akan memberikan salinan kad pranatal untuk disimpan oleh anda dan untuk dibawa bersama semasa lawatan ke klinik. Keseluruhan proses mengambil masa 1- 2 jam bergantung kepada beban kerja klinik semasa lawatan anda.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI