APA ITU JANGKITAN PERNAFASAN RSV ?

Jangkitan respiratory syncytial virus atau jangkitan RSV adalah virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan.

Ia sering kali berlaku kepada kanak-kanak di bawah usia 2 tahun. Jangkitan RSV ini juga berisiko untuk dijangkiti oleh individu dewasa.

Simptom jangkitan virus ini adalah ringan dan biasanya hampir sama dengan selesema biasa.

Jangkitan RSV ini boleh menjadi teruk bagi sesetengah kes, terutama pada bayi pramatang dan bayi dengan masalah kesihatan yang mendasari.

Jangkitan ini juga boleh menjadi serius pada individu dewasa yang lebih berusia, individu dewasa dengan penyakit jantung dan paru-paru, atau mana-mana yang mempunyai sistem imunisasi yang sangat rendah (imunocompromised).

Virus ini boleh memasuki badan melalui mata, hidung atau mulut. Ia mudah tersebar melalui rembesan pernafasan berjangkit seperti batuk (disedut atau disalur kepada individu lain melalui hubungan langsung, seperti berjabat tangan).

Virus ini juga boleh hidup berjam-jam pada sebarang permukaan dan mainan. Individu dijangkiti merupakan mereka berisiko menyebarkan jangkitan dalam beberapa hari pertama selepas menerima jangkitan.

Walau bagaimanapun, virus jangkitan pernafasan RSV mungkin tersebar selama beberapa minggu selepas permulaan jangkitan.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI