APA ITU BUKU PINK ?

Rekod kesihatan ibu di Malaysia bermula dengan kad klinik, yang mempunyai maklumat penjagaan kesihatan ibu yang agak terhad.

Tahun demi tahun, penambahbaikan dijalankan selaras dengan keperluan maklumat kesihatan, di mana pada hari ini, penggunaan buku pink ini menjadi satu platform lengkap maklumat kesihatan ibu dan bayi.

Secara amnya, buku rekod ini mengandungi maklumat mengenai perihal penjagaan kesihatan ibu iaitu :
👉 Kandungan semasa
👉 Tumbesaran janin
👉 Kelahiran
👉 Bayi yang baru dilahirkan
👉 Postnatal.

Ia juga merangkumi pendidikan kesihatan bagi ibu mengenai penjagaan semasa hamil, semasa bersalin, penyusuan susu ibu dan yang berkaitan dengan penjagaan ibu.

Tidak kira pengamal perubatan kerajaan ataupun swasta, buku pink ini amatlah penting dan mempunyai informasi yang seragam.

Walaupun hospital swasta mempunyai versi buku pink sendiri, namun maklumat dan segala butiran penting kesihatan serta sejarah perubatan ibu mengandung adalah sama seperti buku pink dari klinik ibu dan anak.

Terdapat juga klinik dan hospital swasta menggunakan buku pink yang sama seperti klinik kerajaan. Tidak kira versi apa pun, buku ini amatlah penting bagi setiap ibu mengandung.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI