ANDA ALAH PADA MAKANAN ?

Apakah sebenarnya alahan makanan itu? Dan apakah gejala alah pada makanan ?

Alahan makanan adalah tindak balas abnormal terhadap makanan, yang dicetuskan oleh sistem imun badan. Tindak balas alergi terhadap makanan kadang kala boleh mencetuskan kesakitan yang teruk dan membawa maut.

Apakah tanda-tanda dan gejala seseorang itu menderita alahan makanan ?

Reaksi alahan terhadap makanan kebiasaannya melibatkan 3 sistem utama iaitu sistem penghadaman, kulit dan sistem pernafasan. Biasanya, reaksi alahan makanan adalah ringan, namun ia boleh menjadi teruk sehingga membawa maut bagi sesetengah individu.

Tanda-tanda dan gejala alahan makanan termasuklah :

1️⃣ Sistem Pencernaan
✅ Perut memulas
✅ Rasa loya
✅ Muntah
✅ Cirit birit

2️⃣ Kulit
✅ Gatal-gatal dan kerengsaan kulit
✅ Angiodema – bengkak kelopak mata dan bahagian badan yang lain
✅ Ekzema – kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan rasa pedih

3️⃣ Sistem Pernafasan
✅ Lelah atau mengah dan sukar bernafas
✅ Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berhubung kait dengan kesukaran bernafas, bengkak dalam mulut dan kerongkong, penurunan tekanan darah membawa kepada kejutan yang membawa maut.

Cara terbaik mengatasi alahan makanan adalah dengan mengelakkan makanan yang mencetuskannya. Bagi kes yang telah dikenal pasti, mengelakkan pengambilan makanan pencetus alahan tersebut merupakan langkah yang paling berkesan.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI