Tahukah anda, bahawa kanak-kanak yang tercekik sesuatu objek boleh menyebabkan kematian?
Anak yang tercekik boleh terjadi dalam keadaan mereka sedar diri ataupun tidak dan sebagai ibu bapa anda perlu bertindak dengan segera kalau tak ia akan memburukkan lagi keadaan.
Mungkin, anda fikir ianya tak penting, tapi percayalah keadaan ini amat berbahaya terhadap nyawa anak anda. Jadi, bagaimana untuk mengendalikan anak yang sedang tercekik ?
Langkah-langkah jika anak anda tercekik :
1️⃣ LAKUKAN :
👉 Tunggu sehingga mangsa batuk.
👉 Minta bantuan.
👉 Buka mulut anak anda perlahan-lahan – keluarkan objek jika jelas kelihatan.
👉 Jika tidak berjaya, tepuk di antara tulang belikat mangsa dengan tapak tangan anda dengan kedudukan kepala mangsa lebih rendah dari badan.
2️⃣ JANGAN :
👉 Masukkan jari anda ke dalam mulut mangsa.
👉 Mendongakkan kepala mangsa.
Jika mangsa berhenti bernafas, pengsan dan badan menjadi biru, segera lakukan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR) sementara menunggu bantuan pakar.
BAGI KANAK-KANAK DEWASA :
1️⃣ Bantu kanak-kanak untuk berdiri jika mereka masih sedar.
2️⃣ Posisikan badan anda di belakang mereka.
3️⃣ Lakukan Heimlich manouvre.
Jika kanak-kanak pengsan laksanakan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR).