ANAK ANDA MEMERLUKAN CERMIN MATA ATAU TIDAK ?

•

Masalah Myopia boleh berlaku apabila kornea menjadi terlalu melengkung, jadi cahaya yang memasuki masa tidak boleh difokuskan dengan tepat menyebabkan objek menjadi kabur.

Buat masa ini, masalah penglihatan seperti ini dipercayai berlaku kerana:

📌 Keturunan – Jika seorang atau kedua ibu bapa memiliki masalah rabun, ini bermakna anak akan berpotensi untuk mendapat rabun jauh juga.
📌 Rabun jauh boleh terjadi apabila membaca dalam persekitaran yang kurang cahaya, terlalu mengharap skrin tv, tablet dan sebagainya.

Sebagai tambahan, keadaan ini juga berlaku pada individu dewasa yang berdepan dengan tekanan visual, katarak atau mempunyai diabetes.

Jika anak anda mempunyai tanda yang tidak normal berkaitan dengan mata, anda perlu membawanya berjumpa doktor untuk diperiksa. Sama ada di hospital atau di klinik, doktor akan mengukur penglihatan mata mereka dengan ujian.

Anak anda akan menutup sebelah mata dan membaca papan abjad pelbagai peringkat, dari tulisan bersaiz besar hingga kecil. Kemudian doktor akan menjalankan ujian lain dengan monitor.

Keputusan terakhir akan membantu untuk mengetahui sama ada anak anda memerlukan cermin mata atau tidak. Penglihatan terbaik individu normal adalah dari 9/10 ke 10/10.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI