ADAKAH ANDA HAMIL ?

Setiap wanita yang berkahwin menginginkan kehamilan. Kehamilan merupakan suatu proses pembentukan janin di dalam rahim seorang wanita dan berakhir dengan kelahiran bayi.

Bagi penentuan kehamilan, biasanya ujian makmal klinikal dilakukan, di mana ujian tersebut akan memberikan maklumat yang berguna dari proses awal kehamilan sehingga bayi dilahirkan.

Semua ujian kehamilan dilakukan untuk dengan mengukur paras suatu hormon yang dikenali sebagai hormon human chorionic gonadotropin (hCG). Hormon hCG merupakan hormon yang terhasil semasa kehamilan.

Hormon ini dihasilkan oleh plasenta sebaik sahaja implantasi berlaku, iaitu kira-kira seminggu selepas proses persenyawaan dan ovulasi berlaku. Paras hormon hCG akan terus meningkat selepas implantasi berlaku sehingga kira-kira sepuluh hingga 12 minggu kehamilan, di mana pada waktu ini, paras hormon hCG akan stabil atau menurun

Ujian kehamilan akan mengesan jumlah kepekatan kandungan hormon hCG dalam darah atau urin. Ujian ini menjadi positif apabila terdapat hormon hCG yang mencukupi di dalam darah atau urin.

Ujian darah hCG adalah lebih sensitif berbanding ujian urin hCG. Oleh sebab itu, ujian darah hCG boleh mengesan kehamilan beberapa hari sebelum ujian kehamilan urin.

Terdapat dua jenis ujian penentuan paras hormon hCG yang biasa dilakukan iaitu kualitatif hCG yang mengukur kehadiran hormon hCG, contohnya ujian kehamilan urin dan ujian kuantitatif hCG (beta HCG) yang mengukur paras hormon hCG yang terdapat di dalam darah.

Salah satu ujian yang biasa dijalankan di dalam makmal untuk mengesan kehamilan adalah ujian kehamilan urin (UPT).

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI