Apabila berpuasa, secara lahirnya kita mengelakkan diri daripada memasukkan sesuatu melebihi had tertentu pada rongga-rongga badan seperti mulut, hidung, telinga, saluran dubur dan faraj.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang dibenarkan ketika berpuasa selagi tidak melebihi had yang ditetapkan.
Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang ๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐ญ๐๐ฅ๐ค๐๐ง ๐ฉ๐ฎ๐๐ฌ๐
โ
Ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (tidak sampai batas gegendang telinga).
โ
Tablet sublingual (bawah lidah) dengan syarat diletakkan di bawah lidah dan tidak ditelan.
โ
Prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan semasa rawatan tersebut.
โ
Semua jenis suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah.
โ
Pendermaan, pemindahan darah atau pengambilan sampel darah untuk ujian makmal.
โ
Ubat jenis sapuan (krim atau salap), balutan dan plaster pada permukaan kulit.
โ
Memasukkan tiub kateter melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan.
โ
Pemeriksaan laparoscop, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen.
โ
Ubat kumur secara gargle (sehingga air hampir ke tekak), dan ubat terapeutik semburan ke mulut yang tidak melibatkan proses menelan.
โ
Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan daripada anggota badan.
โ
Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut.
โ
Rawatan bius setempat atau separuh.
โ
Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa melibatkan kawasan rongga yang dalam.
Bagi pesakit kronik dan wanita hamil, mereka seharusnya mendapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu sekiranya ingin berpuasa. Secara umumnya, mereka boleh menjalani ibadah puasa dengan baik, dengan syarat mereka mematuhi jadual pengambilan ubat, mengawal pemakanan dan mengikut nasihat daripada doktor.