3 LANGKAH ELAK PENCEGAHAN ANAK ANDA DARI ALAMI ALAHAN PEMAKANAN

Kebarangkalian seorang kanak-kanak itu menghidapi alahan makanan adalah 20-40% sekiranya salah seorang daripada ibu bapa mempunyai alahan dan 25-35% jika seorang daripada adik beradik mempunyai alahan.

Namun, kebarangkalian ini meningkat kepada 40-60% sekiranya kedua-dua ibu bapa mempunyai alahan dan semakin tinggi (50-80%) sekiranya kedua-dua ibu bapa mengalami jenis alahan yang sama.

Anak kepada ibu bapa yang tidak mempunyai alahan, masih mempunyai 5-15% kebarangkalian untuk mengalami alahan makanan.

Jadi bagi mengelakkan perkara itu terjadi, anda boleh mengamalkan 3 langkah pencegahan ini, iaitu :

1️⃣ Penyusuan susu ibu secara eksklusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan pertama dapat melindungi bayi. Penyusuan susu ibu boleh diteruskan sehingga 24 bulan atau lebih.

2️⃣ Bagi bayi berusia di bawah 6 bulan yang memerlukan formula bayi, adalah disarankan untuk mengikuti panduan berikut :
✅ Formula bayi biasa boleh diperkenalkan kepada bayi yang tiada sejarah alahan makanan di kalangan ibu bapa dan adik beradik.
✅ Bagi bayi yang mempunyai sejarah alahan makanan di kalangan ibu bapa dan adik beradik, perkenalkan formula bayi separa hadam kebiasaannya dilabelkan “hypo-allergenic”.
✅ Susu soya dan susu mamalia lain seperti susu kambing atau susu unta tidak digalakkan bagi mencegah alahan makanan.

3️⃣ Pengenalan makanan pejal kepada bayi harus bermula pada usia 6 bulan ke atas
✅ Apabila bayi bersedia, perkenalkan makanan baru satu persatu selama 2 hingga 3 hari. Elakkan makanan tersebut sekiranya berlaku reaksi alahan.
✅ Mulakan dengan makanan seperti bijirin dan hasil bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan.
✅ Makanan sumber haiwan seperti ikan, ayam, daging dan telur perlu diperkenalkan satu demi satu bagi memastikan tiada alahan.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI