KUDIS TEKANAN PADA PESAKIT TERLANTAR

Apa itu kudis tekanan atau bed sores?

Kudis tekanan adalah kawasan kulit dan/atau tisu yang tercedera. Ia disebabkan posisi duduk atau baring yang terlalu lama dan mengakibatkan pengurangan pengaliran darah ke kawasan tersebut.

Faktor risiko:

✅ Pengurangan pergerakan akibat angin ahmar dan penyakit Parkinson
✅ Pengurangan sensasi kulit seperti penyakit diabetes
✅ Pengurangan pengaliran darah ke bahagian kaki
✅ Kurang zat makanan dan dehidrasi

Ada beberapa tahap keterukan kudis. Ia boleh melibatkan kemerahan kulit sahaja sehingga kehilangan keseluruhan lapisan kulit dengan kerosakan tulang.

Biasanya berlaku di kawasan seperti punggung (pinggul dan bahagian bawah belakang), kaki(lutut, tumit, jari kaki) dan tulang belikat di bahu.

Bagi mereka yang mengalami risiko yang tinggi :

1️⃣ Elakkan tekanan yang berpanjangan pada bahagian badan yang berisiko.
2️⃣ Langkah mengurangkan tekanan ke atas kulit seperti:
👉 kerap mengalihkan posisi pesakit
👉 Penggunaan peralatan untuk mengurangkan tekanan
👉 Kulit perlu selalu diperiksa dan pastikan sentiasa bersih dan kering
👉 Memastikan pengambilan cecair dan pemakanan yang mencukupi

Nasihat kepakaran dari pelbagai bidang seperti doktor, jururawat, jurupulih anggota dan jurupulih carakerja boleh membantu dari segi teknik mengangkat dan mengalih, posisi badan dan alat bantuan

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI