GEJALA SAWAN BERGANTUNG PADA OTAK YANG TERJEJAS

Ramai yang salah anggap akan penyakit ini. Dari sudut perubatan, penyakit epilepsi atau sawan tidak boleh disembuhkan.

Setakat ini, tiada rawatan moden mahupun tradisional yang terbukti berkesan menghilangkan penyakit tersebut.

Walau bagaimanapun dengan kemajuan teknologi perubatan dan ilmu berkaitan dengannya, punca masalah ini boleh dikesan dan langkah pencegahan boleh diambil.

Sawan setempat berlaku disebabkan oleh kejadian aktiviti yang tidak normal di salah satu kawasan otak. Tanda dan gejala sawan setempat adalah:

✅ Berasa gembira yang secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab
✅ Berasa marah
✅ Berasa sedih
✅ Loya
✅ Halusinasi (mendengar, bau, rasa, melihat atau merasa perkara yang tidak benar)
✅ Berlaku samada mereka sedar atau tidak sedar
✅ Mampu melakukan pergerakan berulang-ulang (automasi) seperti mengelip mata, mengenyit mata dan menggerakkan mulut.
✅ Sesetengah pesakit mempunyai aura tersendiri dengan menunjukkan tanda luar biasa atau amaran sebelum mendapat serangan

Sawan menyeluruh berlaku akibat kejadian aktiviti tidak normal di kedua-dua belah otak. Tanda dan gejala sawan menyeluruh adalah:

✅ Tidak sedar
✅ Jatuh
✅ Kejang otot yang teruk
✅ Kancing gigi
✅ Mulut berbuih
✅ Terkencing
✅ Terbuang air besar

3 Langkah pencegahan yang boleh diambil :

1️⃣ Cegah trauma di kepala, dengan memakai topi keledar dan tali pinggang keledar.
2️⃣ Menjaga peringkat pranatal dengan baik, termasuk merawat tekanan darah tinggi dan jangkitan dalam kehamilan.
3️⃣ Merawat penyakit kardiovaskular, jangkitan penyakit, tekanan darah dan gangguan lain yang boleh menjejaskan otak.

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI