APA PUNCA HILANG DERIA BAU ?

โ€ข

Diantara punca-punca yang biasa dikenalpasti ialah kecederaan kepala, jangkitan kuman virus dan rongga hidung yang tersumbat.

1๏ธโƒฃ Penyakit Kronik

๐Ÿ‘‰Alahan hidung (Allergic Rhinitis)
๐Ÿ‘‰Polip (pertumbuhan tisu membran mukus yang tidak normal di dalam hidung)
โ€“ Polip boleh menyebabkan rongga hidung tersumbat dan menghalang aroma/partikel zarah bau yang dihidu sampai ke deria bau.

2๏ธโƒฃ Jangkitan kuman

๐Ÿ‘‰ Radang sinus / Resdung
Jangkitan sinus boleh menyebabkan pembengkakan pada mukosa yang menyeliputi saraf olfaktori. Ini akan menghalang aroma/partikel zarah bau daripada sampai ke deria saraf. Namun begitu, kehilangan deria bau ini bersifat sementara apabila mendapat rawatan yang betul.
๐Ÿ‘‰ Otak bernanah (โ€œbrain abscessโ€)
Nanah di otak atau jangkitan kuman boleh menyebabkan tisu otak rosak. Hilang deria bau boleh bersifat kekal jika tisu yang rosak itu adalah sel otak untuk mentafsir isyarat bau.

3๏ธโƒฃ Kecederaan

๐Ÿ‘‰ Patah tulang di bumbung rongga hidung (โ€œcribriform plateโ€)
Patah di tulang ini boleh menyebabkan saraf terputus. Anosmia akan bersifat kekal. Namun begitu jika kepatahan menyebabkan mukosa sahaja membengkak, anosmia atau hyposmia akan bersifat sementara.
๐Ÿ‘‰ Patah dan bengkok tulang hidung
Menyebabkan hidung tersumbat dan menghalang aroma/partikel zarah daripada sampai ke deria bau.
๐Ÿ‘‰ Otak โ€“ boleh bersifat kekal atau sementara

4๏ธโƒฃ Ketumbuhan

๐Ÿ‘‰ Barah Hidung
Barah seperti sinonasal carcinoma, chondrosarcoma boleh menyebabkan kerosakan pada saraf ataupun menghalang zarah bau/aroma tiba pada reseptor bau.
๐Ÿ‘‰ Barah Otak
Meningioma, olfactory neuroblastoma, barah โ€œfrontal lobeโ€ (tanda-tanda awal seperti pelupa dan boleh menyebabkan sawan dan tidak boleh bercakap pada peringkat lewat).

5๏ธโƒฃ Lain โ€“ lain
๐Ÿ‘‰ Masalah Perubatan/endokrin

  • Hypothyroid (kurang hormon tiroid)
  • Diabetes
    ๐Ÿ‘‰ Ubat / bahan toksik โ€“ phenol, chromium, kokain, racun serangga
    ๐Ÿ‘‰ Proses penuaan โ€“ Alzheimer (nyanyuk), Parkinson
    ๐Ÿ‘‰ Kongenital (diwarisi sejak dalam kandungan ibu)- Kallmann syn. (hypogonadism)

Notis:

Disarankan kepada yang mengalami masalah kesihatan, anda perlulah mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut terlebih dahulu daripada pakar perubatan di pusat-pusat perubatan terdekat.

Sebarang penulisan di blog ini adalah hanya bertujuan sebagai maklumat dan bukan untuk merawat penyakit. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kerugian yang dialami hasil daripada maklumat kami keluarkan.

POPULAR

TERKINI

KATEGORI

Kesihatan Am

Ibu & Anak

Kesihatan Pekerjaan

Rehabilitasi

Umum